MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

PERJUANGAN ABATA

PERJUANGAN ABATA

Tuesday, October 28, 2014

GOTONG ROYONG BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG , TERIMAKASIH DAN TAHNIAH

Assallammualaikum dan salam perjuangan

Pada 22.10.2014 kami penduduk kampung berpakat untuk bergotong royong memasang khemah dan mempersiapkan surau Al Abidin Kg Abbey untuk satu program Sambutan Maal Hijrah 1436 Anjuran JKKN Melaka dan JKKK Kg Abbey / Pondok Batang yang bakal berlangsung pada 24.10.2014. Acara yang diadakan adalah ceramah , qosidah dan bacaan doa awal dan akhir tahun. Tahniah kepada semua yang menjayakan majlis ini.





DEMO SILAT DI MAJLIS PERSANDINGAN ANAK BUAPAK JIZAN (25/10/2014)

Assallamualaikum dan salam perjuangan

Tahniah kepada anak anak perguruan Kota Sendeng Gelanggang Nurzulfakar Kg Abbey kerana berjaya mengadakan persembahan silat di majlis perkahwinan anak buapak Datuk Jizan Jaseh di Kg Bukit Palembang Nyalas pada 25 Oktober 2014 dan berpeluang mengadakan persembahan silat dihadapan Dato Maulana Garang Ideris Jusoh..

Semuga kepercayaan yang diberikan kepada kita akan kita sama sama laksanakan demi perjuangan seni bangsa yang amat berharga ini. Wang ringgit bukan ukuran tetapi keikhlasan kita untuk membudaya dan melestarikan warisan bangsa ini itu yang paling utama..

Alhamdulillah

Tahniah semua!!!


Monday, October 27, 2014

'' KAMI TETAP BERSAMA DEMI SEMANGAT JUANG "


TAHNIAH
TERUSKAN PERJUANGAN MEMARTABATKAN WARISAN BANGSA
'' KAMI TETAP BERSAMA DEMI SEMANGAT JUANG "


TAHNIAH


TAHNIAH
SEMOGA SEGALA PERJUANGAN ABG SELAMA NI DIBERKATI ALLAH S.WT


Assallammualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dan kasih sayang-Nya telah mentakdirkan sesuatu yang tidak pernah termimpi atau terlintas dalam benak jiwa raga saya. Tidak pernah dalam hidup saya untuk mensasarkan atau menetapkan halatuju selama apa yang saya lakukan ini adalah untuk mendapat pengiktirafan tersebut kerana saya tahu dengan apa yang saya sumbangkan selama ini bukanlah yang terlalu hebat tetapi ikhlas dan istiqamah dengan apa yang saya yakini benar dan diterima oleh Allah SWT.

Anugerah Ali bin Abi Talib Tokoh Belia sempena Maal Hijrah 1436 adalah sesuatu yang tidak terjangkau oleh pemikiran dan akal saya. Tidak pernah saya menginginkan atau mengkehendaki gelaran tersebut tetapi cukuplah dengan apa yang saya lakukan dalam perjuangan belia hari ini diterima dan dihargai..

Saya amat bersyukur kepada-Mu ya Allah dan amat berterimakasih kepada kedua ibubapa saya dan keluarga saya yang amat memahami minat dan pendirian saya berkaitan belia dan sentiasa menyokong membantu dan bersama biar apa jua keadaan saya samada suka atau duka.Isteri saya juga yang sanggup berkongsi minat dengan saya untuk sama sama memajukan bangsa dan kesucian agama ini.

Saya juga mengucapkan terimakasih kepada Kerajaan Negeri Melaka dan jabatan Agama Islam Negeri Melaka kerana memilih saya untuk anugerah tersebut dan ini memberi satu pencetus semangat dan iltizam untuk terus bekerjasama dalam mencapai hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan orang muda berilmu berakhlak dan bersyukur.

Saya memohon maaf dan saya berharap agar kerjasama antara semua pihak bagi memartabatkan suara belia dan sama sama membela dari segi pendidikan dan ekonomi belia kini.

Semuga Allah memberkati dan merahmati negeri Melaka dan rakyat juga pemimpinnya.
Wasallam

 Ikhlas

SUHAIZAN HAJI NOH
Kg Abbey , Melaka

Tuesday, October 14, 2014

DEMO SILAT BERSAMA YAB KETUA MENTERI MELAKA

Assallammualaikum..

Alhamdulillah pada 12.10.2014 telah berlangsung satu majlis yang meriah dan merupakan majlis yang baik untuk penyatuan ukhuwah para belia kita hari ini..

PSSKS Gelanggang Nurzulfakar Kg Abbey telah ditugaskan untuk mengadakan persembahan silat dihadapan YAB Ketua Menteri Melaka YAB DS Ir Haji Idris Haron sempena majlis perasmian Mesyuarat Agung Gerakan Belia 4B Melaka kali ke 41.

Para pesilat kami juga ditugaskan untuk membawa pingat kebesaran GB4B Melaka sempena mesyuarat agung tersebut.

Tahniah semua - Kami Tetap Bersama - Semangat Juang

KAMI BERSAMA YAB KETUA MENTERI MELAKA

YAB KM SEMPAT BERGURAU DENGAN KAMI - APIT

BERSAMA DATUK BORHAN

KAMI DISINI

KAMI TETAP BERSAMA - SEMANGAT JUANG

PEJUANG

KAMI DISINI